Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Blog Owner:Aqmarina


Akhirnya
Saturday, November 24, 2012 | 5:23 AM | 0 comments
Assalamualaikum Ohh Hai awak :)

Cinta datang tanpa diduga atau dipaksa . Kenapa ni ? Okayy sekarang baru Aku tahu apa maksudnya . Dengar sini , aku pernah suka dekat Capital S . Waaaa terkejut lahh . Hahaha memang aku pernah suka dia dalam diam-diam . Dia baru je putus dengan Awek dia . Hampir setahun aku berkawan dengan dia tanpa aku perasaan . Ohh good -_______- Dan aku pernah sayang dia lebih daripada kawan biasa . Fahamlah apa maksudnyakan . Cuma dia dalam hati aku semenjak aku masuk sekolah teknik tuh . Sampaikan semua perkara yang aku buat , aku ingat dia . Pernah sekali cuti , dia tanya aku nak apa. Sebab masa tuh dia dengan Family dia pergi dekat Padang Besar . And aku ngada-ngada nak Bear warna biru . Terkejut aku betul-betul dia belikan :) Sapa tak sukakan ? Dengan bangganya aku ambik . Comel  tahu Bear tu . Dan dia cakap, kakak dia yangg pilihkan . Lagi bertambah gedik aku -_______-

 Hari sabtu ialah hari pelajar Lelaki Outing . Supper untuk pelajar perempuan adalah wajib setiap malam ! Peraturan apa entah warden aku tetapkan . Tiba-tiba nak naik bilik , ada orang panggil aku dan aku kenal suara tuh. Laah capital S panggillah. Selambanya aku pergi dekat dia .'Nah, amik coklat ni .Penat aku beli' . Tak terkata-kata masa tuh -______- . Setiap kali aku balik cuti, mesti dia belikan tiket Feri . Bayangkan  aku selalu juga balik . Pada 8/11 , aku dah janji dekat dia yang aku akan bagitahu dia sesuatu dekat Dataran Helang. Kitaorang sempat jalan-jalan sama dekat tempat tu . Tapi aku takut nak bagitahu . Aku jadi tak tentu arah . Aku teman dia dengan Mat Alif main bowling . Lawak ohh . Banyak masuk Longkang . Lepas penat main bowling , teman dua orang tu tangkap gambar.  Semua batak kamera  . Kawan dia ajak makan pulak , pergi Mcd . Siap makan-makan bersiap sedia nak naik feri . Sebelum pergi, dia ada cuci gambar kitaorang masa Dinner kelab pelancongan haritu. Dia cuci dua(2) . Bagi aku satu dan dia simpan satu. Sweet ken ? Kdiam . Dalam feri , aku diam . Tak bercakap langsung sebab rasa menyesal pulak tak bagitahu dia. Sampai rumah online facebook . Stalk dia punya :( Penuh wall dia ex dia post . Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa tuh. Pagi tuh dia online, then aku cakap yang aku nak clash dengan dia . Dia tanya macam-macam sebab dekat aku. Aku diamkan dia je . Sakit hati ohh ~

Semenjak hari tuh, Semua gelak tawa dia bersama aku tiada lagi . Semua bayangan dan angan-angan aku untuk dia kembali kepada aku adalah mustahil . Betul kata orang 'kenangan tidak boleh dibeli' . Baru aku faham maksudnya . Tapi aku masih sayang dia . Aku masih cintakan dia . Aku masih perlukan dia untuk ceriakan hari aku. Untuk pengetahuan kau capital S , benda yang aku nak cakap dekat kau adalah 'AKU CINTAKAN KAU SELAMA NI TAPI AKU MALU NAK CAKAP. DAN AKU BERHARAP KAU JADI MILIK AKU,INSYAALLAH' . Aku harap kau dengar iyeeh -____- Maafkan aku kalau terkasar bahasa selama ni dekat aku . Memang aku sengajakan sebab aku nak tengok kau macam mana . Itu tektik aku untuk lelaki yang aku kenal . Harap faham sayang . Selamat tinggal kenangan .